Jumaat, 25 Disember 2015

POHON SIDIR


Yaman sebuah negara Arab terletak di ponggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab.Negara ini bersempadan dengan Arab Saudi dan Oman.

Kepelbagaian bentuk mukabuminya yang terdiri daripada gunung ganag, padang pasir dan persisiran pantai menjadikan kawasan ini subur.

Disini terdapat sejenis pohon bidara  yang dikenali sebagai Pohon Sidir.Nama Botaninya adalah Ziziphus Spina - Christi merupakan pohon tertua sekali di dunia. Dikatakan bahawa Buah Sidir adalah buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. ketika diturunkan ke bumi.


Pohon Sidir telah disebut sebanyak tiga kali di dalam Al Quran,  Dalam surah

  1.  Saba' ayat 16, Pohon Sidir disebut sebagai poho di bumi
  2. aurah Al Waqi'ah ayat 28,  Pohon Sidir  disebut sebagai pohon di Syurga.
  3.  surah An Najm ayat 14,  Pohon Sidir  disebut sebagai satu tempat yang yinggi di langit ketujuh iaitu di Sidratul Muntaha,

KELEBIHAN DAN MANFAAT POHON SIRIR

Pohon Sidir terkenal denhan manfaat perubatan dan anti oksidan yang sangat tinggi.Semua bahagian pada pohon ini bermanfaat sebagai ubat sejak turun temurun.


Daunnya digunakan sebagai jamu, syampu herba, merawat kelemumur, kutu, bengkak mata, Obesiti, dan pembersih badan dengan dicampur air panas.

Abu kayu digunakan untuk mengubati gigitan ularmanakala buahnya mengandungi energi yang sangat tinggi.Adapun bijinya kaya dengan protien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan